Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts
Kurma Ayam
Bahan - Bahan :
1 ekor ayam ( dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa)
dikisar:
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 biji cili hijau - dibelah dua
1 inci halia - digiling lumat
2 batang serai - dititik
1 labu bawang besar - dibelah empat
2 kuntum bunga lawang
4 biji pelaga
2 inci kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 keping asam keping
½ cawan santan
6 sudu besar rempah kurma
2 biji tomato
Garam secukup rasa
5 tangkai daun ketumbar
2 cawan air
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama rempah kurma, serai titik dan bahan-bahan penumis sehingga garing. Masukkan ayam, asam keping dan lebih kurang dua cawan air. Biarkan sebentar.
2. Apabila ayam hampir empuk, masukkan santan, garam dan bawang besar yang telah dibelah empat.
3. Sesudah empuk, masukkan cili hijau, tomato dan daun ketumbar. Jika kuah agak pekat, bolehlah ditambah air.
**Klik button print di bawah untuk print resepi ini.
Ayam Masak Lemak Cili Padi
Bahan - Bahan :
1 ekor ayam - dipotong
dikisar :
10 biji cili api
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit hidup atau ¾ sudu teh serbuk kunyit
2 ½ cawan santan
3 biji kentang
1 helai daun kunyit
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Masukkan bahan yg dikisar ke dalam periuk bersama-sama dengan ayam dan kunyit lalu panaskan dengan api yang perlahan.
2. Tunggu hingga kering barulah masukkan santan, kentang, serai dan garam secukup rasa.
3. Setelah kentang empuk, angkat lalu masukkan daun kunyit yang telah dipotong.
**Klik button print di bawah untuk print resepi ini.
Ayam Padang
Bahan - Bahan :
1 ekor ayam - potong 12 atau lebih
10 tangkai cili kering
dikisar:
1/2 inci halia
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai - dititik
Kunyit
Daun limau purut
1 kg santan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing. Masukkan serai, kunyit dan daun limau purut.
2. Masukkan santan. Masukkan ayam jika terlalu pekat boleh kurangkan santan dan begitulah sebaliknya.
3. Masak sehingga ayam empuk dan masukkan garam secukup rasa. Siap untuk dihidang.
**Klik button print di bawah untuk print resepi ini.
Rendang Ayam
Bahan - Bahan :
1kg ayam - dipotong
dikisar:
4 ulas bawang putih
1cm halia
1cm lengkuas
2 batang serai
80gm cili giling
2 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan ketumbar - disangai dan ditumbuk
400ml santan
100ml air asam jawa
3 helai daun kunyit - dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili giling dan ketumbar. Kacau sehingga naik minyak.
3. Seterusnya masukkan ayam dan biarkan empuk.
4. Masukkan santan dan kacau rata. Pastikan api perlahan.
5. Apabila kuah hampir pekat, masukkan air asam jawa. Kacau sebati.
6. Akhir sekali, masukkan kerisik dan perasakan. Biarkan mendidih.
7. Taburkan daun kunyit di atas rendang. Sedia untuk disajikan.
**Klik button print di bawah untuk print resepi ini.
Kari ayam
Bahan - Bahan :
300gm ayamdikisar:
30gm bawang kecil
20gm bawang putih
10gm halia muda
1 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kecil kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
3 biji kentang - dipotong
250ml santan pekat
2 sudu makan cili kisar
3 keping asam keping
350ml air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama daun kari dan bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili kisar. Kacau hingga pecah minyaknya.
3. Kemudian masukkan ayam dan santan. Kacau hingga sebati dan biarkan masak dengan api sederhana.
4. Masukkan kentang dan asam keping. Kacau rata dan biarkan hingga masak.
5. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
6. Apabila kuahnya menjadi pekat bolehlah diangkat.
**Klik button print di bawah untuk print resepi ini.
Ayam Bakar Berempah
2kg ayam - dipotong 4
5 batang serai
dikisar :
40gm bawang merah
20gm bawang putih
30gm halia
5 biji buah keras
3 biji cili merah
60gm kunyit hidup
4 biji limau kasturi - diperah jusnya
50gm santan pekat
10gm gula
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Gaulkan kesemua bahan yang telah dikisar bersama ayam.
2. Selepas itu campurkan santan, limau kasturi, gula dan garam secukup rasa. Perap selama 2 jam.
3. Kemudian letakkan di atas keserol, masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 30 minit.
4. Keluarkan dan sedia dihidangkan.
**Klik button print di bawah untuk print resepi ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)





