Pages

Nantikan..Banyak lagi resepi yang bakal di update..

Udang Harimau Masak Merah


Bahan - Bahan :
8 ekor udang harimau besar - potong tengah dan digoreng
150gm puri tomato

dikisar :
100gm cili kering
300gm bawang besar
60gm bawang putih

dihiris:
40gm daun bawang

150gm minyak sapi
10gm bunga lawang
10gm kulit kayu manis
10gm bunga cengkih
1 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa

Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang, serai, bawang putih, bunga lawang,
bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga wangi.
2. Selepas itu masukkan cili kering. Kacau rata sehingga pecah minyak.
3. Selepas itu masukkan tomato puri dan udang harimau. Kacau rata.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa. Taburkan daun bawang.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.


**Klik button print di bawah untuk print resepi ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...