Pages

Nantikan..Banyak lagi resepi yang bakal di update..

Siput Lemak Cili Api


Bahan - Bahan :
1kg siput

dikisar :
10 tangkai cili api
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

2 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji keledek - dipotong
1 cawan santan pekat
2 ½ cawan air
1 ½ sudu teh garam
½ sudu teh gula

Cara Memasak :
1. Siput dibersihkan dan dipotong ekornya.
2. Cili api, bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar lumat dimasukkan ke dalam periuk bersama-sama dengan serai, serbuk kunyit dan keledek.
3. Tuangkan air dan biar hingga mendidih.
4. Selepas lebih kurang 5 minit, masukkan siput.
5. Didihkan sehingga keledek sudah setengah empuk kemudian tuangkan santan. Kacau dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Didihkan dan kacau lagi selama 5 minit.
7. Kemudian angkat dan sedia untuk dihidang.


**Klik button print di bawah untuk print resepi ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...