Pages

Nantikan..Banyak lagi resepi yang bakal di update..

Kari Kepala Ikan



Bahan - Bahan :
Kepala ikan (ikut pilihan sendiri)
1 labu bawang besar - dihiris

dikisar :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

5 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan halba campur
2 tangkai daun kari
2 cawan asam jawa
Minyak untuk menumis
½ cawan santan
Garam secukup rasa
Bendi atau terung panjang
Cili hijau untuk hiasan

Cara Memasak :
1. Ikan hendaklah dibersihkan dahulu kemudian diketepikan. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang yang telah dihiris bersama daun kari dan halba campur.
2. Apabila sudah naik bau, masukkan bahan yang dikisar tadi bersama rempah kari.
3. Apabila garing, masukkan asam jawa. Selepas itu, masukkan ikan dan santan serta kacang bendi / terung dan garam secukup rasa.
4. Setelah mendidih dan naik minyak barulah diangkat.


**Klik button print di bawah untuk print resepi ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...