Udang Lemak Kacang Panjang
Bahan - Bahan :
½ kg udang sederhana besar
dikisar :
10 biji cili api
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 ½ sudu teh garam
6 atau 7 tangkai kacang panjang - dipotong
Cara Memasak :
1. Masukkan bahan-bahan kisar dan serbuk kunyit ke dalam periuk lalu tuangkan air. Masak dalam lebih kurang 5 minit.
2. Masukkan santan. Biarkan mendidih dengan api perlahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan udang dan garam.
4. Akhir sekali masukkan kacang yang telah dipotong-potong.
**Klik button print di bawah untuk print resepi ini.