Pelbagai Resepi Di sini
Kerabu Pucuk Paku
Bahan - Bahan :
30 gm taugeh
1 ikat pucuk paku
dihiris:
5 ulas bawang merah
1 biji cili merah
5 biji cili padi
digoreng:
½ inci belacan
½ biji kelapa parut
20 gm udang kering
Sos sotong
Gula dan garam secukup rasa
2 biji limau nipis - diambil airnya
Cara Memasak :
1. Pucuk paku dan taugeh disiang dan dicelur lalu ditos.
2. Cili merah ditumbuk bersama belacan dan udang kering yang sudah digoreng.
3. Kelapa digoreng tanpa minyak hingga kuning dan diketepikan.
4. Masukkan pucuk paku dan taugeh ke dalam sebuah besen. Gaulkan dengan bahan-bahan tumbuk, gula, garam, sos sotong, air limau, cili api, bawang merah dan kelapa goreng.
5. Setelah digaul rata bolehlah dihidang.
**Klik button print di bawah untuk print resepi ini.
Paru Asam Pedas
Bahan - Bahan :
600 gm paru
10 tangkai cili kering
dikisar:
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
½ sudu kecil ketumbar
½ sudu kecil jintan kasar
½ sudu kecil jintan halus
½ sudu kecil lada hitam
½ sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai - dititik
2 keping asam keping
2 cawan air
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Kisar bahan-bahan kisar sehingga halus.
2. Panaskan minyak. Masukkan serai titik kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
3. Masukkan paru, asam keping dan air. Masak sehingga paru menjadi lembut. Rasa garamnya dan cukup kuahnya, barulah diangkat.
**Klik button print di bawah untuk print resepi ini.
Kurma Ayam
Bahan - Bahan :
1 ekor ayam ( dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa)
dikisar:
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 biji cili hijau - dibelah dua
1 inci halia - digiling lumat
2 batang serai - dititik
1 labu bawang besar - dibelah empat
2 kuntum bunga lawang
4 biji pelaga
2 inci kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 keping asam keping
½ cawan santan
6 sudu besar rempah kurma
2 biji tomato
Garam secukup rasa
5 tangkai daun ketumbar
2 cawan air
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama rempah kurma, serai titik dan bahan-bahan penumis sehingga garing. Masukkan ayam, asam keping dan lebih kurang dua cawan air. Biarkan sebentar.
2. Apabila ayam hampir empuk, masukkan santan, garam dan bawang besar yang telah dibelah empat.
3. Sesudah empuk, masukkan cili hijau, tomato dan daun ketumbar. Jika kuah agak pekat, bolehlah ditambah air.
**Klik button print di bawah untuk print resepi ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)